Untuk pengetahuan anda, Kementerian Kewangan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup(BSH) pada tahun ini berjumlah RM300 bagi kategori isi rumah yang akan mula diagihkan pada 20 Januari depan.

Difahamkan, proses agihan akan melalui fasa tapisan yang diperoleh daripada agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah(B40) yang benar-benar layak sahaja menerima BSH 2020.

“Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019,” ujar pihak Kementerian Kewangan.

“Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020,” jelasnya.

“Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020,” katanya.

Bagi penerima di kawasan pedalaman kategori isi rumah yang tidak mempunyai sebarang akaun, bayaran akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2747 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my.

Sumber: Astro Awani