Ibu kota Indonesia, Jakarta, dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pukul 11.50 pagi (waktu Jakarta), semalam.

Malah, pengguna komuter dan MRT diarahkan keluar kerana masalah yang dihadapi itu dan antara laluan MRT yang terjejas ialah Bendungan Hilir-Istora, Istora-Bendungan Hilir, Lebak Bulus-Fatmawati and Fatmawati-Lebak Bulus.

Walau bagaimanapun, hotel-hotel besar di Jakarta terpaksa menggunakan jenerator untuk membekalkan tenaga elektrik tetapi tidak diketahui berapa lama ia boleh bertahan.

Berikutan itu, beberapa tanda pagar menjadi trending di laman sosial Twitter akibat gangguan bekalan elektrik itu seperti #MatiLampu dan #JakartaBlackout.

Difahamkan, Syarikat bekalan tenaga elektrik Indonesia, PLN, menjelaskan bahawa ‘blackout’ itu berpunca daripada masalah yang berlaku di loji jana kuasa 500 KV 1 di Jakarta.

Selain Jakarta, wilayah di Jawa Barat juga mengalami nasib yang serupa antaranya di Bandung, Bekasi, Cianjur, Cimahi, Cirebon, Garut, Karawang, Purwakarta, Majalaya, Sumedang, Tasikmalaya, Depok, Gunung Putri, Sukabumi dan Bogor.

Sehingga kini, tidak diketahui sama ada bekalan elektrik di wilayah terlibat sudah pulih sepenuhnya atau tidak. Namun, bekalan elektrik di kebanyakan kawasan sudah mulai pulih sejak pagi tadi.

Sumber: Astro Awani & Twitter