Bercuti di negara-negara tumpuan dunia seperti di Perancis sememangnya sukar untuk mencari makanan halal bagi pelancong beragama Islam kecuali jika anda bawa bahan makanan dan masak di apartmen yang disewa.

Oleh itu, kami senaraikan tiga restoran halal yang anda patut tahu jika anda bercadang untuk bercuti di sekitar Paris tidak lama lagi.

1. The Jumeyrah

irhal.com

Restoran ini menyediakan menu makanan halal khas di Perancis. Suasana yang romantik dan tenang ini sesuai untuk anda yang sedang berbulan madu. Antara menu pencuci mulut popular ialah Moelleux chocolat au coeur fondant et sa boule de glace vanille dan juga Apple crumble et sa boule de glace vanille.

Alamat: 101 rue Saint Maur, 75011 Paris.

2. Les Enfants Terribles

ldc-halal.com

Selain itu, restoran fine dining ini pula menggunakan daging yang dijamin halal dalam makanan yang dimasak. Kebanyakan pelancong Muslim takut untuk memakan daging ketika melancong kerana sukar mencari restoran halal, jadi usah lepaskan peluang makan daging jika sudah jumpa restoran halal!

Alamat: 197 Av Daumesnil, 75012 Paris.

3. Le Petit Gourmet

tripadvisor.com.my

Jika anda seorang yang menggemari makanan sihat seperti salad, anda mungkin akan suka restoran ini kerana mereka menyediakan makanan berasaskan salad, daging serta ikan yang sedap. Malah, hidangan pencuci mulut juga dikatakan dibuat secara homemade.

Alamat: 39 rue du Faubourg Montmartre 75009 Paris.

*Anda harus melihat kandungan bahan dan bertanya kepada pekerja restoran dahulu sebelum makan untuk kepastian halal jika ragu-ragu.

Sumber: Detik Food