Sejak filem Black Panther keluaran Marvel Studios ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia, ramai yang menggemari pakaian watak pelakon utama filem, Raja T’Challa tersebut kerana design baju dipakainya ringkas dan menarik.

Berikutan itu, beberapa pengeluar pakaian di negara jiran, Indonesia, dilihat memperkenalkan baju raya yang mengambil inspirasi daripada filem berkenaan dan dijual di beberapa online shop di sana.

Baju yang dipakai oleh Raja T’Challa menjadi popular di sana kerana corak seperti yang ada di baju tersebut sememangnya popular di negara itu.

Malah, ia juga sesuai dipakai di negara-negara tropika kerana bersesuaian dengan persekitaran yang panas. Memang best pakai baju yang menggunakan bahan kapas kerana mudah untuk menyerap peluh. Barulah syok beraya walaupun cuaca panas kerana baju mudah serap peluh dan bergaya seperti Raja T’Challa!

Sumber: Cari