Kadangkala agak sukar dipercayai apabila kita lihat mereka yang bercuti dengan bajet rendah tetapi dapat melancong ke luar negara.

Berbekalkan RM500, tahukah anda bahawa anda dapat melancong ke tiga destinasi di bawah ini termasuk penginapan dan makanan sekali.

1. Krabi, Thailand

phukettravelshop.com

Krabi terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik. Malah, tiket penerbangan ke sana juga murah serendah RM 230 sahaja.

Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan hotel dengan harga yang berpatutan. Anggaran harga untuk semalam boleh mencecah serendah RM50.

Makanan
Krabi adalah destinasi yang tidak perlu anda ragui tentang makanan halal. Terdapat pelbagai pilihan makanan halal dan Tom Yam Kung adalah salah satu menu yang patut anda cuba. Selain itu, Krabi juga terkenal dengan ‘street food’ yang sedap dan murah.

2. Ho Chi Minh, Vietnam

lonelyplanet.com

Bandar Saigon yang juga merupakan ibu negara Vietnam sememangnya terkenal dengan tempat untuk membeli belah. Antara tempat yang wajib dikunjungi adalah War Museum, Ben Thanh Market (membeli-belah), Chu Chi Tunnel dan sebagainya.

Penginapan
Kawasan ini terkenal dengan butik hotel mereka dan harga yang murah. Terdapat banyak pilihan hotel bertaraf dua dan tiga bintang yang sesuai untuk anda. Harganya pula bermula RM60 di mana ia bergantung pada masa anda membuat tempahan.

Makanane
Terdapat pelbagai pilihan makanan halal yang disajikan oleh pemilik restoran yang beragama Islam. Vietnam juga terkenal dengan makanan berkonsepkan sup dan sayur yang sedap dan murah.

3. Medan, Indonesia

aquila-style.com

Jika di Bandung terkenal dengan syurga membeli belah, Medan juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai pilihan kain ela dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Bandung.

Penginapan
Antara pakej percutian yang ditawarkan adalah serendah RM100 satu malam. Anda boleh pilih untuk menginap di Sinabung Hill dan menikmati suhu sejuk di sana.

Makanan
Jika berkunjung di Medan, masakan Padang adalah menu yang patut anda cuba. Selain itu, terdapat banyak pilihan Ayam Penyet yang sedap dengan harga yang amat berpatutan.

Sumber: Astro Awani, Jelita.com, dyaanneesa.blogspot.com