Sejak kebelakangan ini terdapat satu trend terbaru tular dalam kalangan warga laman sosial iaitu berkongsi gambar 10 tahun lalu dengan tahun ini di laman sosial.

View this post on Instagram

Nakkk jugekkk #10yearschallenge πŸ‘» #AbbyAbadi #YebbyYabadi #Yehaaa 😝 . Gambar 1st masa awal2 jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot.. tak insap juga lagi masa ni. Tapi gmbr tu bertudung sbb pergi ke program agama utk stesen tv (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke lautttt πŸ€ͺ) . Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? cuma lelemak je berlebihan. InshaALLAH akan diperbaiki hihi πŸ™Š . Ramai yg bangga bila nampak sama macam dulu. Ehh takde beza, ehhh awet muda.. rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dlm tak sedar, masih leka dan terus terleka dgn dunia 😟 . Bersyukur sangat2 Sy ni sbnrnya.. ALLAH tak matikan Sy dalam keadaan Sy lupa yg Sy ni hamba DIA. Dan Alhamdullillah, ALLAH izinkan.. 10 tahun dulu dgn skrg, Sy bukan lagi org yg sama. Dgn mcm2 ujian yg menimpa, dgn emosi yg tak menentu, dgn anak3 yg masih kecil masa tu, ALLAH selalu ada & selalu beri peringatan utk Sy kembali pada DIA walhal masa tu Sy sesat barat & selalu lupa DIA 😫 . Awal2 bercerai tak sedar lagi. Dah kena sekali lagi, baru mcm terasa bila nak abis bodoh aku ni. Buat baikpun org dajeii kan juga huhu.. Dan akhirnya 2012, ALLAH hadiahkan sesuatu pada Sy. Dan inilah Sy hari ni. Nampak mcm dah sedar diri sikit kan? Hihi… dulu dosa pahala, semua ambil mudah. Solat kelaut dalam, Aurat ke laut china selatan. Bila nak taubat? Tua nanti taubatlah kata Sy. Yakinnya Abby Abadi waktu tu. Comfirm ke sempat tua tu? Huhu… Itulah antara sebab utama kenapa bila ALLAH bagi hidayah petunjuk pd Sy, Sy usaha jaga sebaiknya & Sy usaha juga utk keluarga & Sahabat handai Sy 😍 . Takutlah dgn azab ALLAH Sahabat. ALLAH suruh solat, solat. ALLAH suruh jaga aurat. Jaga. Jgn bagi alasan yg tah apa2. Takut nnti takde rezeki? Rezeki tu pun DIA yg punya. Jadi yakin dan percayalah yg sesungguhnya rezeki halal dan berkat itu lebih baik utk kita & keluarga 😘 . Ps: Byk lagi Sy nk cerita utk pedoman bersama tp sbb dah lama sangat byk yg lupa, file2 lamapun banyak dah delete dan ada yg dah bakor.. kita bakorr kita bakorr😝 nanti ada masa, ada rezeki kita sambung ye. Yg Sy minta skrg kita sama2 berubah jadi lebih baik dari hari2 sebelumnya. Wallahuallam. Lebiuu Lilahi Taala 😌

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Malah, selebriti dan orang-orang ternama di seluruh dunia serta selebriti tempatan juga tidak ketinggalan mengikuti cabaran #10YearsChallenge itu.


Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir bahawa trend tersebut sebenarnya mempunyai agenda lain seperti ancaman siber? Seorang penulis di Wired, Kate O’Neill, menjelaskan bahawa cabaran yang tular di laman sosial itu mungkin merupakan satu helah daripada syarikat-syarikat media sosial yang cuba mencuri data peribadi anda. Menurutnya, trend ini mungkin merupakan satu percubaan besar–besaran untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) mengecam proses penuaan muka manusia.

Sebenarnya, anda telah memberikan maklumat ‘percuma’ kepada syarikat-syarikat ini menggunakan maklumat anda bagi tujuan tertentu selain penjenayah dapat mengecam wajah terbaru anda dengan membandingkan wajah anda yang dulu.

Namun, menurut Editor Wired, Nicholas Thompson, #10YearChallenge adalah meme yang dihasilkan pengguna yang bermula sendiri tanpa penglibatan pihak Facebook dimana ia merupakan bukti pengguna Facebook seronok dengan cabaran tersebut.

Mungkin kita tidak sedar bahawa dengan gambar lama sahaja boleh membuatkan maklumat dicuri dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Diharap warga laman sosial lebih berhati-hati ketika memuatnaik gambar di laman sosial.

Sumber: The Vocket