Salad merupakan antara sayuran pilihan ramai terutama mereka yang sedang berdiet kerana ia sihat selain mudah untuk dijadikan hidangan kerana tidak perlu masak.

Baru-baru ini, timbul satu isu mengenai sayuran tersebut apabila satu jenama salad segar didakwa telah dicemari oleh bahan kimia yang berbahaya.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka mengesahkan bahawa produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) berjenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia Fipronil.

Oleh itu, jualan produk berkenaan telah diarahkan berhenti serta-merta manakala hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan.

Untuk pengetahuan anda, Fipronil adalah sejenis racun serangga yang digunakan terhadap haiwan untuk mengatasi masalah hama dan kutu di samping menggunakannya dalam industri pertanian.

Sumber: Wanista