Aplikasi WhatsApp merupakan salah satu aplikasi penting dalam kehidupan kita untuk berkomunikasi. Hampir semua yang memiliki telefon pintar pasti ada aplikasi ini di dalam telefon mereka.

Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini, aplikasi terkenal itu menyiarkan sebuah blog yang menyatakan perisian versi palsu tersebar secara meluas dan memberi amaran bahawa sesiapa yang menggunakan WhatsApp palsu boleh disekat.

Pihak aplikasi itu meminta semua pengguna yang merasakan perisian yang digunakan tidak tulen boleh membuat sokongan rekod perbualan dari sekarang kerana anda mungkin kehilangan semua rekod perbualan jika ia dipindahkan kembali ke aplikasi rasmi.

“Jika anda menerima mesej aplikasi menyatakan akaun anda disekat sementara, ini bermaksud anda menggunakan versi WhatsApp yang tidak disokong dan bukannya aplikasi rasmi WhatsApp,” ujar pihak aplikasi tersebut.

Gambar sekadar hiasan

“Jika ini berlaku, anda harus memuat turun aplikasi rasmi untuk terus menggunakan aplikasi itu,” sambungnya.

Menurutnya, aplikasi yang tidak disokong adalah seperti WhatsApp Plus dan WhatsApp GB kerana ia adalah versi ubahsuai WhatsApp. Difahamkan, aplikasi palsu berkenaan dicipta oleh pihak ketiga dan telah melanggar syarat perkhidmatan mereka.

“WhatsApp tidak menyokong aplikasi pihak ketiga ini kerana kami tidak dapat mengesahkan amalan keselamatan mereka,” tambahnya.

Sumber: mStar