Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik, selalu membuat kunjungan mengejut ke beberapa sekolah untuk melihat keadaan sekolah dengan lebih dekat dan terbaru, dia telah berkunjung ke Sekolah Pendidikan Khas, Terengganu.


Kelihatan Dr Maszlee ditemuramah oleh salah seorang pelajar sekolah khas tersebut dengan cara santai dan peramah serta rendah diri.

Walaupun pelajar itu mempunyai kekurangan penglihatan, namun Dr Maszlee tetap melayan mesra malah merendahkan diri sedikit semasa bercakap dan membahasakan dirinya sebagai “pakcik”.

Berikutan itu, ramai warga laman sosial memujinya kerana begitu merendah diri selain menghormati pelajar itu.

Sumber: Twitter @maszlee