Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, mengambil keputusan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri yang dikenali sejak 20 tahun lalu, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lepas.

Difahamkan, Azrinaz bakal ke Palestin tak lama lagi namun tak mahu membesarkan pemergiannya kerana ia bukan honeymoon tetapi lebih kepada kemanusiaan.

“Kami tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk pergi berbulan madu tapi ya Baitulmuqaddis. Insha Allah akan jadi tempat persinggahan pertama kami sebagai suami isteri,”

“Trip ini lebih bermakna kerana dalam sibuk kita mengejar pahala, kita di samping suami/isteri tercinta,” tambahnya.

Walau apapun, selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke syurga, Azrinaz Mazhar Hakim!

Sumber: Astro Gempak