Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang, meraih pingat gangsa seterusnya mengharumkan nama Malaysia di kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2018, semalam.

Difahamkan, pingat dimenanginya itu ibarat menebus kekalahannya dalam dua siri kejohanan tersebut yang berlangsung di Perancis dan Kanada sebelum ini.

Pingat emas acara persendirian itu dimenangi oleh pelumba dari Belanda Matthijs Buchli, tempat kedua oleh Matthew Glaetzer dari Australia manakala Azizulhasni pula berada di tempat ketiga.

Sumber: The Vocket & IG Azizulhasni