Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan pengacara, telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bagi meraikan hari lahirnya dan juga Lara Alana bersama anak-anak tahfiz.

Majlis tersebut diraikan bersama 100 orang anak-anak Tahfiz Madrasah Nurul Ilmi di Seksyen 9 Shah Alam.

Awal memuat naik gambar beserta kapsyen bersama anak-anak tahfiz serta ahli keluarganya di Instagram.

“Alhamdulillah, Majlis Tahlil dan doa selamat bersempena hari lahir @laralana dan Awal bersama 100 anak-anak Tahfiz Madrasah Nurul Ilmi, Seksyen 9, Shah Alam selesai dijalankan. Terima kasih Mak & Mak Uda, tolong masakkan pulut kuning untuk anak-anak kita,” tulis Awal.

Awal menerima komen-komen positif di Instagram daripada netizen yang mendoakan dan memuji kemuliaan hati Awal kerana berkongsi rezekinya dengan anak-anak tahfiz.

“@nonie_eddie : Syabas…alhamdulillah..semoga diberkati Allah SWT.”

“@intannasirz : Semoga diberikan rezeki yg luas atas kebaikan yg dh kongsi sama2.”

“@reetks : May Allah bless u n ur family with a beautiful heart always adik.”

Scha Alyahya, isteri kepada Awal juga turut melakukan perkara yang sama sebelum ini apabila memilih untuk meraikan hari lahirnya bersama ibu-ibu tunggal dan anak yatim.

Sumber: Awani