Aktif bersukan tidak menghalang golongan wanita berhijab daripada menjalani hidup sihat. Kini semakin ramai golongan atlet dari seluruh dunia beragama Islam dan memakai hijab semasa bertanding dalam sukan yang diceburi.

Oleh itu, jenama tudung popular, Naelofar Hijab, mengeluarkan produk terbaru yang berkonsepkan sukan khusus untuk wanita berhijab.

Jika dilihat dengan teliti, hijab keluaran terbaru Naelofar ini seakan persis produk antarabangsa, Performance Hijab keluaran Nike yang terlebih dulu keluar di pasaran sejak 15 Februari lepas.

Untuk pengetahuan anda, koleksi Aura daripada Naelofar Fit ini diperbuat daripada kain Poli Lycra yang mempunyai cengkaman yang boleh diperkuatkan sendiri yang mengeringkan peluh dengan cepat dan mempunyai logo reflektif 3M.

Ia sesuai dipakai untuk golongan wanita berhijab semasa menjalani aktiviti sukan kerana ia menyerap peluh dengan cepat.

Anda boleh memilikinya dengan harga RM55 sahaja di laman web Naelofar Hijab dengan segera kerana koleksi ini dikatakan limited edition.

Sumber: The Vocket