Penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza, sudah bergiat dalam bidang seni sejak belasan tahun dan bakat yang dimilikinya memang istimewa.

Terbaru, satu video tular di laman sosial Twitter menunjukkan penyanyi kesayangan ramai itu begitu menghargai peminat-peminatnya walaupun terpaksa bersesak untuk memasuki kenderaannya.


Video dikongsi oleh @anepmusiclover mendapat perhatian warga laman sosial apabila memberitahu Siti keluar melalui bahagian lobi atas yang dipenuhi orang ramai walaupun dia boleh memilih jalan lain yang tidak sesak.

Ini menunjukkan betapa Siti begitu menghargai peminat dengan melayan mereka sepenuh hati tanpa mengeluh, merungut atau bermasam muka.

Selain itu, beberapa pengguna laman sosial itu dilihat turut berkongsi cerita dan memuji penyanyi lagenda tersebut.

Aura Siti Nurhaliza sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Dari semua peringkat umur pasti akan jatuh cinta dengan peribadinya yang sopan selain suaranya yang lunak.

Sumber: Twitter @anepmusiclover