Kerajaan Kelantan menasihati semua atlet negeri tersebut supaya menjaga beberapa perkara yang berkaitan dengan etika dan kepatuhan syariat dalam bersukan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, memberitahu bahawa agama Islam tidak membenarkan permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral terutama kepada golongan wanita.

Menurutnya, wanita yang terlibat dengan riadah mahupun sukan hendaklah menjaga tatatertib digariskan agama bagi menjaga kehormatan.

Gambar sekadar hiasan

“Saya yakin Majlis Sukan Negeri selepas ini akan menetapkan peraturan dan garis panduan yang bersesuaian supaya selaras dengan tuntutan agama,” ujarnya.

“Ketika bersukan, mereka dilarang mendedahkan aurat semasa ia turut melibatkan lelaki. Mereka dilarang bergaul mesra dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan dibenarkan,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian