Pelakon terkenal, Ashraf Muslim, tidak sangka dapat bersua muka dengan dengan imam Masjidil Haram, Sheikh Mahir al-Maquely dan menganggapnya sebagai hadiah paling istimewa sempena sambutan tahun baru 1 Muharam 1441.

Menurutnya, dia sememangnya mengagumi Sheikh Mahir al-Maquely sejak dulu lagi kerana alunan surah dibacakan imam itu ketika solat disifatkan sebagai tidak pernah jemu didengar.

“Saya selalu mendengar suaranya yang disimpan dalam telefon bimbit, kereta mahupun apabila berada di Masjidil Haram. Bagaimanapun saya tidak pernah terserempak dengannya,” ujarnya.

“Pagi itu hati saya tergerak untuk sekali lagi solat Subuh di hadapan Kaabah. Disebabkan itu saya sanggup meredah lautan manusia bagi memastikan dapat berada di saf hadapan,” jelasnya.

“Tiba-tiba dengan kuasa Allah, saya berada di hadapan laluan imam untuk ke Kaabah dan ketika itulah Sheikh Mahir al-Maquely lalu di hadapan,” tambahnya.

“Lebih seronok apabila selesai solat Subuh saya sekali lagi berpeluang menatap wajahnya yang sangat bersih,” sambungnya.

Sumber: Harian Metro