Pelakon cantik manis bertudung, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, 28 tahun, telah berlepas ke Indonesia bagi menjayakan misi kemanusiaan di Palu, Sigi, Donggala, Petobo di Sulawesi Tengah, Indonesia.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini , sepatut nya saya akan ke palu indonesia pada bulan ramadhan nanti . Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak @ydkmm_official saya kena kesana , flight saya kesana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam β€œ #Gempa β€œ yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana . Saya akan ke palu, sigi , donggala, petobo ,sulawesi tengah .. doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami 🌊 yang dasyat seperti tahun lepas . Terakhir yang di beritahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana oleh itu , jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka .. saya amat lah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya πŸ€—πŸ™πŸ» , tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima πŸ™‚. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891 . May Allah ease everything for my journey tomorrow & to all of us πŸ™πŸ»β˜ΊοΈ amin …❀️ . Saya akan update dari masa ke semasa pada awak semua keadaan disana inshaallah πŸ•Š . #togetherwearestronger #BerkongsiRezeki #BerbagiSemangat #yayasandanakebajikanmuslimmalaysia πŸš‘πŸ€œπŸ»πŸ€›πŸ» Bismillahirahmanirahim ✨

A post shared by Ω†ΩˆΨ± Ψ§Ω„Ω‡Ψ―Ψ§ΩŠΨ© (@ardellaryana) on

Difahamkan, sepatutnya misi kemanusiaan yang disertai mula pada bulan Ramadan nanti, namun Ardell tidak menyangka ia mula lebih awal.

β€œTetapi tadi, saya menerima panggilan daripada pihak Yayasan Dana Kebajikan Muslim (YDKM) ke sana lebih awal untuk misi kemanusiaan dan bencana alam di sana,” katanya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua hai πŸ‘‹πŸ»πŸ™‚ .. saya nak mintak kalau ada antara awak semua nak wakaf kan sedikit bantuan untuk bina β€œMusolla β€œ di palu , sigi , & Donggala di sulawesi dimana tempat terjadi nya bencana alam gempa bumi, tsunami 🌊 & banjir lumpur pada tahun lepas . Tahun ini saya dan sahabat sy serta team @ydkmm_official akan kesana pada bulan puasa ini 11-16 mei 2019 . Harap-Harap dengan Keikhlasan hati kita semua mewakafkan RM 10.00 ringgit , bantuan itu dapat membina musolla baru buat penduduk islam disana πŸ’ͺπŸ»πŸ™‚ Inshaallah . Harap dapat terawih di musolla baru yang kita semua bina nanti di bulan ramadan tidak lama lagi sama-sama kita berkongsi rezeki melalui bantuan ini 😘 May Allah bless us and ease everything for us πŸ€œπŸ»πŸ€›πŸ». Account Maybank rasmi @ydkmm_official : 564294307891 ☘️. Thank you πŸ™πŸ» to all my followers New Mission 2019 #palu #palusigidonggala #donggala #togetherwearestronger #BerbagiSemangat new #bloodbrothers ✊🏻☺️ β€œ Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ β€œ .

A post shared by Ω†ΩˆΨ± Ψ§Ω„Ω‡Ψ―Ψ§ΩŠΨ© (@ardellaryana) on

“Doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami yang dahsyat seperti tahun lepas,” ujarnya yang meminta para peminat mendoakan perjalanannya selamat.

Selain itu, Ardell turut berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan misi kemanusiaan yang disertainya dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya amat berterima kasih kepada pengikut saya sudi menderma tidak kira berapa ringgit pun. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891,” jelasnya.

Sumber: IG Ardell Aryana