Terbaru, negara Arab Saudi membenarkan kira-kira 1,000 jemaah dari pelbagai negara yang telah berada di negara berkenaan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Walaupun keputusan mengecualikan jemaah dari luar negara tersebut mengecewakan kebanyakan umat Islam di seluruh dunia, namun mereka menerima keputusan itu serta menganggap kesihatan dan nyawa lagi penting.

Difahamkan, jumlah berkenaan adalah jauh lebih rendah berbanding musim haji tahun lalu yang mencatatkan seramai 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia.

Sehingga kini, proses pemilihan jemaah untuk musim haji tahun ini dijadualkan berlangsung sehingga hujung Julai depan, namun ia masih belum diumumkan.

“Jumlah jemaah adalah sekitar 1,000, mungkin kurang atau mungkin lebih sedikit. Namun, ia tidak akan mencecah puluhan atau ratusan ribu tahun ini,” ujar Menteri Haji, Mohammad Benten.

Menurutnya, jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji tahun ini perlu dihadkan di kalangan mereka berusia kurang 65 tahun serta tiada penyakit kronik.

Malah, mereka perlu menjalani ujian saringan Covid19 sebelum tiba di Mekah selain perlu menjalani kuarantin di rumah selepas selesai mengerjakan ibadah berkenaan.

Sumber: Harian Metro