Malam Deepavali sepatutnya disambut penuh meriah bersama keluarga. Namun, malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun parah selepas seorang remaja samseng menyalakan mercun dan memasukkannya ke dalam mulut mangsa.

Menurut The Sun, kanak-kanak tersebut kritikal selepas mercun itu meletup di dalam mulutnya, menyababkan pipi mangsa koyak dan terbakar.

Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Aarushi menerima 50 jahitan pada mulut dan pipinya serta mengalami kecederaan pada tekak dan paru-paru. Kejadian itu berlaku di Kampung Milak, Meerut di Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan tempatan, bapa mangsa sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan mendedahkan nama suspek yang kini menjadi buruan polis.

Sumber: The Sun