Sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba, saman maksimum RM300 serta-merta boleh dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 dijalankan.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, memberitahu bahawa saman mandatori bernilai RM300 tersebut akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 29 Januari depan sehingga 12 Februari ini.

Jelasnya, enam kesalahan utama berkenaan ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Laluan berkenaan ialah laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3 (arah utara),” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

Malah, anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan berkenaan bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.

“Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan,” sambungnya.

Sumber: Astro Awani