Jika hobi kita mendapat perhatian jenama antarabangsa, pasti kita akan berasa bangga dan menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk berjaya pada masa akan datang.

Itulah yang berlaku kepada seorang anak muda tempatan, Hasbullah Matt, 26 tahun, apabila hobinya melukis di cawan kertas milik Starbucks dipuji oleh jenama kopi antarabangsa itu.

“Saya tidak boleh menahan diri apabila melihat cawan ‘kosong’… dan hey @StarbucksMY, tolong perasan kehadiran saya!,” ujarnya di laman Twitter.

Twitter @aslah92

Kemudian, pihak Starbucks dilihat membalas tweet tersebut dengan memuji Hasbullah atau dikenali sebagai Aslah di laman sosial tersebut.

Twitter @aslah92

Bukan itu saja, hasil lukisan yang dilakukan ke atas cawan kertas Starbucks itu mendapat perhatian hingga ada yang sanggup membelinya.

Twitter @aslah92

“Saya tidak terfikir untuk menjualnya, tetapi ada beberapa individu yang menghantar pesanan peribadi untuk bertanya mengenai harga,” katanya yang dia mungkin akan menjual pada harga RM200.

Sumber: mStar