Walaupun negara kita tidak terpilih untuk bertanding di Piala Dunia 2018, namun seorang anak muda tempatan berjaya mencipta sejarah apabila terpilih sebagai pembawa bola (match ball carrier) untuk perlawanan antara Sepanyol dan Rusia, semalam.

bhplus.com.my

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang, Adam Riezman Roslam, terpilih menjadi pembawa bola selepas memenangi Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA yang turut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM800.

Di samping itu, Adam yang juga dikenali sebagai Adam CR itu berasa teruja untuk menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung yang juga menjadi impian semua orang termasuk dirinya.

rojakdaily.com

“Tetapi pada masa yang sama, saya juga sedikit takut dan gementar bila memikirkan ramai orang dari seluruh dunia akan menyaksikan saya nanti,” ujarnya.

“Saya memang sedikit kecewa kerana Portugal tidak menjadi juara kumpulan B. Kalau tidak mungkin saya akan berpeluang berjumpa Ronaldo dengan lebih dekat,” tambahnya.

Semoga satu hari nanti kita dapat menghantar pasukan bola negara bertanding di Piala Dunia akan datang. Mungkin impian ini tidak lagi mustahil selepas melihat kejayaan Adam dapat menjadi pembawa bola untuk piala berprestij itu.

Sumber: Sukan Sinar