Seorang aktivis sosial warga Amerika Syarikat, CJ Werleman, berkongsi kisah mengenai anak perempuannya kehilangan kad debit bank ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, ketika itu anaknya yang berusia 18 tahun itu sedang menunggu penerbangan dan baru menyedari kehilangan kad bank sebelum dibantu oleh seorang lelaki Muslim warga tempatan.

“Saya katakan semuanya akan ok tapi saya terus menangis. Dia berikan saya dua bar coklat dan sebotol air dan anggur juga sandwic selain RM50. Dan dia tanyakan saya adakah saya percaya Tuhan? Saya katakan ya!. Dan dia kemudiannya menangis. Dia berkata bahawa tuhan mahu saya tolong awak. Awak tak nampak dia tapi dia ada,” tulis anaknya dalam pesanan mesej kepada Werleman.

Perkongsian Werleman mengenai kisah itu di Twitter menarik perhatian warga laman sosial kerana dia memuji kebaikan lelaki tidak dikenali yang membantu anaknya itu sambil menggelarnya sebagai angel.

Tahniah kepada lelaki Muslim warga Malaysia tersebut kerana secara tidak langsung membuatkan nama Malaysia terkenal dengan kebaikan yang dihulurkannya.

Sumber: Twitter @cjwerleman