Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung ini, pasti ramai ibu bapa menghabiskan cuti tahunan kerja mereka dengan membawa keluarga bercuti di dalam dan luar negara.

Selain itu, ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja hingga tidak sempat membawa anak-anak keluar dan meluangkan masa bersama.

Jika anda ada masa pada hujung minggu, apa kata anda bawa anak-anak bermain di lima jenis indoor games ini yang menarik dan menyeronokkan:

1. District 21

ohbulan.com

Taman tema tertutup ini memang terkenal hinggakan golongan dewasa juga suka bermain di sini kerana ia merupakan aktiviti lasak dan mencabar fizikal yang bakal membuatkan anda dan anak-anak berpeluh.

Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.

Waktu operasi: 12 tengah hari – 8 malam pada hari biasa, 10 pagi – 8 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

2. Flight Experience KL

ohbulan.com

Jika ada di antara anak-anak anda yang menyimpan impian mahu menjadi seorang juruterbang, inilah lokasi tepat untuk anda bawa dan sama-sama menambah pengalaman menyeronokkan dengan simulator penerbangan. Rasa macam betul-betul bawa kapal terbang!

Alamat: 168 Jalan Bukit Bintang, Level 2, Pavilion Mall, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam, setiap hari.

3. Stars Archery

ohbulan.com

Bagi umat Islam, kita sedia maklum bahawa memanah merupakan antara sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika ibu bapa mahu mengajar anak memanah, inilah lokasi sesuai untuk mereka belajar memanah.

Alamat: 05-95C, 05-95D, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam, setiap hari

4. Xero Gravity Rock Gym

ohbulan.com

Anak anda mempunyai hobi suka memanjat? Apa kata anda hantar mereka ke sini untuk belajar wall climbing. Malah, kelas asas memanjat turut disediakan dengan harga berpatutan.

Alamat: Level 9, PJX HM-SHAH Tower, No. 16A Persiaran Barat, Section 52, Petaling Jaya, 46050 Selangor.

Waktu operasi: 12 tengah hari – 11 malam pada hari biasa, 10 pagi – 8 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

5. Boarders Tabletop Games Cafe

ohbulan.com

Jika anak anda seorang yang sukakan permainan papan atau menguji minda, bawalah mereka ke kafe ini kerana anda dapat bersantai sambil bermain game papan.

Alamat: 6 Jalan 1/27B, Wangsa Maju, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 3 petang – lewat malam, Ahad hingga Khamis, 3 petang – 1 pagi pada Jumaat dan Sabtu.

Sumber: Discover KL