Penyanyi bersuara lunak, Siti Sarah Raissuddin, bersyukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni, memenangi tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran pada bulan lepas.

“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’,” ujarnya.

“Jujurnya, ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara mereka yang menjadi al-Hafiz,” jelasnya.

“Jujurnya, saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia sentiasa memberi sokongan penuh terhadap minat dan kecenderungan anak-anaknya.

“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah, tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” sambungnya lagi.

Sumber: Media Hiburan & IG Siti Sarah