Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Faizal Tahir, yang selalu ke Syria atas misi kemanusiaan membuatkan anak-anak Syria di kem pelarian Lubnan berasa sayu apabila mendengar surah Al-Fatihah yang dialunkan olehnya.

View this post on Instagram

Ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak anak Syria di kem Al Jasmine, Lubnan dengan bacaan surah Al Fatihah, ada di antara kami yang mengalirkan air mata. Ianya memberi syahdu, kami pakat berdebar belaka. Boleh kata semuanya mengetap gigi menahan diri supaya tidak tertumpah segala tangis yang beriya. Dikelilingi anak anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman, namun disebalik senyum mereka ini kami tahu derita besar yang melanda. Ada yang sebatang kara, hidup dengan entah siapa, ada juga yang kehilangan berbagai deria, hancur keluarga dan trauma dengan berbagai hal. Mereka datang berjalan ke masjid dalam cuaca sejuk untuk mengagungkan ayat suci. Dan kami menyambut mereka dengan sedikit hadiah serta sumbangan. Iya kawan-kawan, yang kalian hulur itulah kami hantar ke sini. Syukur, semoga Allah sentiasa memelihara mereka, juga kalian yang sentiasa bersama kami demi memberi bantuan kepada mereka ini. Terima kasih semua, doakan perjalanan kami ke kem-kem di Turki pula.

A post shared by CINTA SYRIA MALAYSIA-CSM® (@cintasyriamalaysia) on

Menurut akaun Instagram Cinta Syria Malaysia, mereka memuatnaik satu video majlis khatam al-Quran yang dilakukan di sana.

“Hari terakhir #wintermissioncsm di Lubnan, ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak-anak Syria di kem Al Jasmine, Lubnan,” tulisnya.

“Dikelilingi anak-anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman namun disebalik senyum mereka ini kami tahu derita besar yang melanda,” sambungnya.

Faizal Tahir dilihat mengetuai majlis tersebut sambil mengalunkan bacaan ayat-ayat Al-Quran melalui video berdurasi selama lebih dua minit itu.

Bacaan tersebut kemudiannya diikuti oleh anak-anak Syria yang turut sama menyertai majlis tersebut.

Sumber: Gempak & IG Cinta Syria Malaysia