Pelakon cantik manis yang sedang berbadan dua, Amyra Rosli, menyatakan seolah-olah dia bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah tidak lama lagi.

β€œMakkah is calling. Insya-Allah,” tulisnya di akaun laman Instagram miliknya, semalam.

Perkongsian di laman sosial tersebut mendapat perhatian warga laman sosial termasuk rakan-rakan artis serta ramai yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

β€œAlhamdulilah, happy for you dear sister,” ujar Lisa Surihani di ruangan komen gambar tersebut.

Dalam perkembangan lain, Amyra yang sedang hamil anak kedua dijangka bakal bersalin pada awal tahun depan. Semoga perjalanan Amyra sekeluarga ke Tanah Suci berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin!

Sumber: Gempak