Pelakon terkenal, Amar Baharin, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ini menerima kejutan paling terindah dalam hidupnya apabila isterinya, Amyra Rosli, disahkan hamil anak kedua.

Menurut video yang dimuatnaik di laman YouTube, Amar berkongsi detik bahagia dan sambutan hari kelahirannya itu dengan peminat di laman sosial.

“Hari ini 1 Julai 2019 adalah hari yang penuh bermakna sebab selain ulang tahun kelahiran yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah ‘pregnancy test’ (alat ujian kehamilan),” tulisnya.

“Alhamdulillah, syukur. Semoga semua dapat mendoakan Amyra dan baby dalam kandungan,” sambungnya.

Video berkenaan turut memaparkan Amar memegang alat ujian kehamilan dengan anggaran usia janin tiga minggu.

Selain itu, dia turut berkongsi kegembiraan di akaun Instagram miliknya selain meluahkan rasa syukur atas kurniaan terindah itu.

“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini,” tambahnya.

Untuk pengetahuan anda, Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Harian Metro