Nampaknya bulan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat penyanyi kumpulan Search, Amy Search, kerana dia mendapat khabar gembira bahawa dia akan menimang cahaya mata di usia 60 tahun.

Amy berkongsi video di laman Instagram mengenai isterinya sedang membuat pemeriksaan ultrasound di sebuah klinik swasta.

“Isteri aku mengandung sebulan yeahhh! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun nak seorang anak lagi. Korang semua doakan moga aku berjaya. I love you, sayang,” tulisnya di video tersebut.

Difahamkan, pasangan bahagia itu dijangka akan menimang cahaya mata terbaru pada Januari tahun depan. Tahniah Amy Search!

Sumber: mStar