Penyanyi cantik manis, Amira Othman, 25 tahun, memberitahu hasratnya untuk merakam lagu berkonsepkan ketuhanan selepas pulang daripada mengerjakan haji pada bulan lepas.

Menurutnya, dia mahukan lagu tersebut boleh diterima secara santai dan menyeluruh terutama generasi muda masa kini.

“Sebagai seorang penyanyi saya punyai satu impian untuk merakamkan sebuah lagu berkonsep ketuhanan suatu masa nanti,” ujarnya.

“Biarlah sedikit sebanyak lagu itu boleh menyampaikan dakwah kepada orang ramai dan bait-bait lirik positif akan memberikan impak kepada pendengar terutama generasi muda,” jelasnya.

Semoga impian Amira akan tercapai satu hari nanti. Mana tahu lagi ramai pendengar sukakan lagu konsep ketuhanan jika dinyanyikan oleh penyanyi terkenal sepertinya.

Sumber: Gempak