Selepas membuka beberapa cawangan kedai serbaneka Elewsmart di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, kini menyediakan sistem ‘Foodbank’ di kedai serbaneka miliknya itu.

Menurutnya, menyediakan ‘foodbank’ untuk golongan memerlukan merupakan salah satu niatnya semasa dia mula-mula membuka Elewsmart.

“Doakan ya. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu,” tulisnya di akaun rasmi miliknya di laman sosial Facebook.

“Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini,” jelasnya.

View this post on Instagram

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi,” katanya.

“Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya,” sambungnya.

Selain itu, warga laman sosial dilihat berterima kasih kepada ustaz Ebit Lew dan mendoakan yang terbaik buatnya kerana sentiasa menolong orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa selain mendoakan perniagaan miliknya berjaya.

Sumber: FB Ustaz Ebit Lew, IG ebitlew