Apabila tiba di hujung tahun, negara kita tidak terkecuali daripada mengalami musim tengkujuh terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Gambar sekadar hiasan

Terbaru, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah bermula hari ini hingga Jumaat.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh yang sama.

Sumber: Astro Awani