Hujung tahun hingga awal tahun merupakan musim tengkujuh atau monsun bagi negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terenggau.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer(km) sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia malam tadi, keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m turut dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama malah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber: Astro Awani