Pelakon Amar Baharin meluahkan pandangan mengenai sikap sesetengah pihak yang suka menyentuh dan mencium bayi bukan milik mereka kerana perbuatan itu berbahaya kepada kesihatan bayi.

IG Amar Baharin

Amar pernah mengalami perkara yang sama apabila putera sulungnya Aqeef Anaqi yang berusia enam bulan sering dicium dan disentuh orang ramai.

Sebagai seorang bapa, Amar amat menitikberatkan isu kesihatan anaknya.

“Saya minta maaf kalau saya betindak kasar kalau terjumpa ‘makhluk’ macam ni di luar sana, Aqeef masih lagi kecil dan kami sebagai ibu dan bapa perlu melindungi”, katanya.

Sumber: mStar