Baru-baru ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian bintang filem popular era 1980-an, Azmil Mustapha.

Allahyarham pulang ke rahmatullah ketika dalam tidur di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam kira-kira jam 12.40 tengah hari beberapa hari lepas.

masaklomakciliapi.com

Mengenang kembali zaman kegemilangan allahyarham sebagai seorang pelakon terkenal dahulu, kejayaannya membawa watak bernama Ali, seorang yang nakal dan suka mengacau Asmidar lakonan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) sentiasa diingati oleh orang ramai yang pernah menonton filem Ali Setan.

Walau bagaimanapun, Azmil mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mendekati jalan agama seperti mengembara ke beberapa negara contohnya Syria untuk mendalami ilmu agama pada tahun 1990an.

Selain itu, dia juga memberi perhatian lebih terhadap keluarga dan dia pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.

Allahyarham dikurniakan seorang anak, Nur Shamira, hasil perkahwinan pertama dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan kedua iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman.

Ramai yang terkejut dan mengagumi keputusan Allahyarham yang mahu berhijrah menimba ilmu agama di zaman kegemilangannya.

Sumber: Harian Metro