Pelakon KL Gangster yang terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee, berkongsi sedikit ilmu agama mengenai bagaimana mahu kekal istiqomah selepas menerima hidayah.
“Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin. Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dgn syariat),” tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Menurutnya, kita harus mencari rakan yang boleh membawa kita ke jalan yang benar seperti bersama-sama pergi ke majlis ilmu.
Selain itu, dia juga menasihati agar jauhkan diri daripada rakan-rakan yang boleh mempengaruhi kita buat perkara yang tidak elok.
“Kalau kita dah kuat, boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah, Allah sayang kita tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. Kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu,” ujarnya.
“Mengadu dengan Allah. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus dari hati,” pesannya kepada mereka yang sedang bersedih.
Sumber: IG Adam Corrie Lee