Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti terkenal, apa yang dilakukan pasti diikuti dan menjadi bual bicara warga laman sosial.

Artis terkenal, Alif Satar, sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tidak segan menunjukkan bahawa dia masih belajar mengaji walaupun sudah berusia dan menjadi seorang ayah.

Berkongsi aktiviti terbaru itu di laman Instagram, Alif dilihat meluangkan masa menikuti kelas mengaji bersama seorang ustaz yang juga bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Mohammed Hafiz Rosli, untuk memperbetulkan bacaan al-Quran.

“Kelas malam!! Baru seminggu tak mengaji dah berterabur. Terima kasih @ustaz_hafiz85 kongsi ilmu. Siapa nak belajar mengaji boleh call ustaz Hafiz. Pelajar lelaki boleh minta dia ajar azan sekali,” tulisnya.

Berikutan itu, ramai yang memuji artis serba boleh itu kerana menjadi contoh terbaik yang boleh diikuti oleh para peminatnya.

Malah, ada juga mendoakan semoga Alif sentiasa istiqomah mendalami ilmu agama. Teringat pula lagu Alif berduet dengan kumpulan nasyid, Raihan, pada bulan Ramadan lepas yang bertajuk “Sesungguhnya ’19”. Syahdu betul dengar :’)

Sumber: IG Alif Satar