Bukan mudah untuk seseorang itu mengubah agama dan kepercayaan mereka melainkan mereka telah benar-benar bersedia dan faham. Baru-baru ini, satu keluarga berbangsa Cina mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Menurut laman Facebook Muallaf Rawang, saudara baru tersebut bernama Muhamad Khalid Marcus Wong dan keluarganya telah memeluk Islam di pejabat agama Selayang dengan bantuan ustaz Amir Ng.

“Alhamdulillah, pada tangga 17 September 2019, beliau sekeluarga nekad telah mengambil keputusan untuk mendekatkan diri kepada Islam sekaligus melafazkan dua kalimah syahadah,” tulisnya.

Difahamkan, Khalid sekeluarga yang lahir bukan beragama Islam amat tertarik dan sentiasa mencari pengertian Islam dalam agama.

“Semoga mereka sekeluarga dirahmati dan diberkati Allah. Teruskan perjuangan dan sentiasa beristiqomah ke arah kebaikan dan jalan diredhai Allah SWT,” ujarnya.

Sumber: FB Muallaf Rawang