Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, berkongsi berita gembira bersama para pengikut akaun Instagram kerana mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Dia dan keluarga dilihat mengambil gambar bersama sekeping gambar imbasan pada malam tadi dengan kegembiraan.

View this post on Instagram

Alhamdulillah Dah lekat ???????

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Tajuk ringkas pada gambar tersebut jelas menunjukkan Nabil begitu teruja dengan berita terbaru itu dan posting berkenaan mendapat lebih 138,786 tanda suka dan hampir 2,000 ucapan tahniah.

Ramai yang mendoakan kesihatan isterinya, Zira Ayub, dan anak yang dikandung selain berharap mereka bakal menimang anak lelaki pula kali ini.

Sebelum ini, pasangan bahagia itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 6 tahun, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Sumber: IG Nabil Raja Lawak