Pelakon kontroversi, Fathia Latiff, membuat kecoh apabila dilihat mengeluarkan komen di video live di Instagram Iqram Dinzly baru-baru ini.

Ramai yang mengecam tindakan Fathia memberi komen yang agak keterlaluan dan semasa kejadian, memang pengikut Iqram juga perasan komen Fathia dalam video live itu.

Berikutan itu, semalam Fathia mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Iqram Dinzly di laman Instagram.

“Untuk Iqram Dinzly dan kepada orang ramai, saya benar-benar menyesal bahawa anda terpaksa menerima kenyataan saya yang malangnya disalah tafsir dengan cara yang salah. Ianya bukan niat saya untuk menyakiti, apatah lagi menghina anda dalam apa-apa cara,” tulisnya.

Menurutnya, apa yang dilakukannya itu adalah berbentuk reverse psychology dan tidak bermaksud sebaliknya.

Walaupun dia sudah membuat permohonan maaf, terdapat beberapa orang yang tidak boleh menerima tindakannya itu kerana Fathia sudah banyak membuat kesilapan yang sama dan kemudian meminta maaf lagi.

Semoga Fathia mendapat pengajaran daripada apa yang telah terjadi dan bangkit menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Sumber: IG Fathia Latiff