Walaupun baru saja diluluskan pada bulan lepas, Akta Antiberita Palsu akan dimansuhkan tak lama lagi menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, semalam.

Katanya, cadangan bagi memansuhkan akta itu akan diusulkan kepada perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ia dapat dimansuhkan secepat mungkin.

siemens-melayumaju.blogspot.my

“Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang media esok(hari ini) untuk beritahu secara khusus. Kita ada Akta Antiberita Tidak Benar. Sepertimana yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhkannya,” katanya.

“Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang diperlukan saya akan bincangkan dengan pegawai-pegawai saya esok(hari ini). Memang saya akan lakukan dan mula bertugas tepat 8.30 pagi esok(hari ini),” jelasnya.

Sumber: mStar