Pelakon terkenal, Abby Abadi, 41 tahun, meminta orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan bayi yang dikandungnya berusia 23 minggu itu berada dalam keadaan sihat berikutan dia mengalami tekanan darah tinggi yang melampau.

“Doakan Mama selalu dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH SWT ye. Mama kena masuk ward malam ni sebab darah terlampau tinggi. Kandungan baru 23 minggu tapi Mama dah tak kuat ni,” kongsinya di laman Instagram.

“Mohon doa kalian ye. Doakan Mama dan baby panjang umur serta selamat dunia akhirat ye,” pintanya.

Selain itu, dilihat pengikut Abby di laman sosial tersebut turut mendoakan yang terbaik untuknya.

Semoga Abby dan kandungan sihat dan berada dalam keadaan yang baik. In shaa Allah 🙂

Sumber: Media Hiburan