Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang, 43 tahun, yang telah memeluk agama Islam tahun lalu, mahu mendalami ilmu agama Islam dan belajar membaca al-Quran serta membetulkan bacaan dalam solat dulu sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.

Menurutnya, dia memang menyimpan impian mahu ke Mekah untuk mengerjakan Umrah satu hari nanti.

“Saya hanya akan ke sana apabila sudah betul-betul bersedia. Saya mahu mendalami Islam dan belajar membawa al-Quran dan membetulkan bacaan dalam solat,” ujarnya.

“Saya tidak mahu pergi ke sana semata-mata untuk mengambil gambar. Jika ada rezeki, orang tidak akan tahu kerana saya rasa tidak ada keperluan pun untuk orang ramai tahu,” jelasnya.

Selain itu, Michael terpaksa menerima hakikat tidak dapat berpuasa penuh kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Difahamkan, dia menjalani pembedahan batriatik sebagai salah satu cara mengurangkan gastrik dialaminya pada penghujung November lalu.

Sumber: Harian Metro