Penyanyi terkenal, Aizat Amdan, mencipta lagu khas untuk perdana menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad sebagai tanda penghormatan dan juga hadiah ulang tahun Tun M yang ke-93 tahun pada hari ini.

Malah, lagu itu dicipta bersama bapanya, Datuk Amdan Mat Din, yang begitu mengagumi Tun sejak bergelar Perdana Menteri ke-4 hinggalah sekarang.

“Selepas dia bersara tujuh tahun lalu dia ada banyak masa untuk tulis luahan hati kepada idolanya itu dan minta saya cari melodi untuk dijadikan lagu,” katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran lagu tersebut, semalam.

Menurutnya, dia tidak merancang untuk mengeluarkan lagu berunsur politik, tetapi berubah fikiran selepas kita bernaung di bawah kerajaan baru sejak 10 Mei lalu.

“Jadi saya fikir sangat sesuai untuk single ini dikeluarkan secara rasmi sebagai tribute untuk kita ingat selama-lamanya,” jelasnya.

Sumber: mStar