Nampaknya musim raja buah kali ini lebih aman tenteram kerana harga durian tidak terlalu mahal seperti sebelumnya.

Berikutan itu, ramai peminat durian mengambil peluang ini dengan membeli durian dalam kuantiti yang banyak untuk dimakan dan boleh dibuat aiskrim, tempoyak, serawa durian dan sebagainya.

Jika anda suka makan aiskrim durian, apa kata anda cuba resepi aiskrim durian homemade oleh Syu Islamiah ini:

Bahan

1 cawan isi durian
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalette
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

– Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk besar.
– Kisar semuanya hingga hancur dan sebati.

– Putar pakai mixer untuk kembangkan dan bertambah gebu.

– Isi ke dalam bekas aiskrim 1.5 liter.
– Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu hingga keras.

– Sedia untuk dimakan! 😉

Sumber: Fb Syu Islamiah