Jenama aiskrim terkenal, Baskin-Robbins, sememangnya menjadi pilihan golongan muda dan kanak-kanak kerana mempunyai perisa yang lazat dan menepati citarasa rakyat negara ini.

Baru-baru ini, Baskin-Robbins membuat promosi beli satu aiskrim percuma satu aiskrim untuk aiskrim saiz single regular scoop bagi menghargai sokongan rakyat Malaysia selama 31 tahun terhadap mereka.

Difahamkan, promosi tersebut tertakluk kepada terma dan syarat, boleh dibeli setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 12 tengahari sehingga tiga petang.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini berlangsung di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia, malah turut berlangsung pada Cuti Umum (jika Cuti Umum jatuh pada hari biasa), dan promosi ditawarkan sehingga hujung tahun 2019.

Sumber: Fb Baskin-Robbins