Syarikat penerbangan tambang murah popular, AirAsia, memberi tawaran harga istimewa buat ‘Ekor’ Harimau Malaya yang mahu memberi sokongan kepada pasukan tersebut sabtu ini di Hanoi, Vietnam, sempena final kedua Piala AFF Suzuki 2018.

utusanmelayu.com.my

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes, memberitahu bahawa pihaknya menawarkan harga tiket serendah RM499 khas untuk penyokong negara yang mahu terbang ke Stadium My Dinh untuk memberi sokongan padu kepada pemain Malaysia di sana.

“AirAsia menawarkan tiket penerbangan dua hala(pergi balik) berharga RM499 sahaja dan tambahan empat penerbangan untuk penyokong Harimau Malaya yang mahu menyaksikan perlawanan di Hanoi”, jelasnya.

football-tribe.com

Menurutnya, dia berterima kasih kepada staf AirAsia yang telah berusaha keras untuk mendapatkan slot penerbangan itu selain berterima kasih kepada krew-krew operasi yang sanggup mengorbankan cuti demi merealisasikan penerbangan khas tersebut.

Berikutan itu, ramai penyokong begitu gembira serta berterima kasih kepada AirAsia kerana memberi harga promosi yang berpatutan kepada mereka.

Semoga pasukan Harimau Malaya lebih bersemangat bermain di Hanoi dengan kehadiran penyokong dan menundukkan pasukan lawan pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 pada Sabtu ini.

Sumber: Sukan Sinar