Jika anda seorang yang suka melancong, selalu bekerja ulang-alik ke luar negeri atau negara, anda pasti akan menyukai promosi terbaru daripada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang terbaru ini.

Untuk pengetahuan anda, AirAsia menawarkan 1.9 juta kerusi dengan harga promosi istimewa ke pelbagai destinasi domestik serta antarabangsa.

Anda boleh membuat tempahan bermula sekarang hingga 20 Januari ini di laman web AirAsia atau aplikasi AirAsia untuk perjalanan segera sehingga 31 Julai depan.

Bagi ahli AirAsia Big, anda boleh menikmati tawaran lebih istimewa iaitu harga perjalanan serendah RM19 sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi domestik manakala harga perjalanan serendah RM24 ditawarkan untuk bukan ahli AirAsia Big.

Selain itu, ahli juga berpeluang menikmati harga untuk penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Melbourne, Jeju, Amritsar dan Osaka bermula dari RM319 serta terbang dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Bali, Taipei, Amritsar dan Jaipur dengan harga dari hanya RM599.

Malah, anda boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 920 mata ganjaran BIG di airasiabig.com atau aplikasi BIG Loyalty.

Sumber: The Vocket