Syarikat penerbangan tambang murah popular, AirAsia bakal melebarkan lagi laluan domestiknya di ibu negeri Pahang iaitu laluan Kuala Lumpur – Kuantan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, memberitahu bahawa penerbangan pertama laluan tersebut akan bermula pada 28 Oktober depan.

Difahamkan, laluan baru itu dijadualkan mempunyai penerbangan dua kali sehari yang akan memudahkan para pelancong untuk meneroka keindahan dan keunikan negeri Pahang.

Tempahan tiket laluan boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 26 Ogos depan jika anda mahu menikmati tambang murah serendah RM16 untuk penerbangan pada 28 Oktober 2018 hingga 13 Ogos 2019.

Sumber: The Vocket