Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Malaysia, berpotensi menjadi syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara tahun depan memandangkan prestasi syarikat tersebut yang memberangsangkan.

Perkembangan syarikat itu boleh dilihat daripada aspek trafik penumpang, penambahan pesawat baru serta pengembangan jarak dekat yang agresif dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, operasi AirAsia di sini juga berkemungkinan mencatat perkembangan kapasiti dua angka tahun depan berikutan syarikat itu akan menambah enam pesawat baru termasuk Airbus A321neo dan secara automatik kapasiti tempat duduk juga akan bertambah.

Berikutan itu, AirAsia dilihat boleh mengatasi syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air, jika dibandingkan dengan trafik penumpang syarikat tersebut telah menurun sejak mencapai puncak sebanyak 36 juta pada tahun 2015 manakala trafik penumpang AirAsia Malaysia meningkat hampir 50 peratus sejak tahun 2014.

Perkembangan AirAsia Malaysia dilihat sangat positif dan bakal mengharumkan nama Malaysia jika ia menjadi syarikat penerbangan yang terbesar di Asia Tenggara satu hari nanti.

Sumber: The Vocket